KARANGAN PENGGAL 2, STPM

KARANGAN PENGGAL 2, STPM


1.      Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain. Huraikan. (STPM 2013)

2.      Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan. (STPM 2013)

3.      Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayangdan budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang dan budaya penyayang. (STPM 2013 (U))

4.       Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara ini semakin meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut. Ulaskan. (STPM 2013 (U))

5.      Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua warganegara Malaysia. Jelaskan. (STPM 2014)
6.      Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satu-satunya langkah untuk mencapai  matlamat memelihara alam sekitar. Bincangkan. (STPM 2014)
7.      Penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif, bersatu padu, dan bersikap terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi untuk merealisasikan hasrat tersebut. Jelaskan. (STPM 2014 (U))
8.      Kegiatan memberikan pinjaman wang secara haram berlaku dengan berleluasa kerana kegiatan tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun demikian, ramai peminjam menghadapi masalah kerana gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan. (STPM 2014 (U))
9.      Program Bandar Selamat bukanlah satu-satunya cara bagi kerajaan mengurangkan jenayah daripada berleluasa di negara ini. Bincangkan. (STPM 2015)
10.  Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama berniaga sehingga larut malam merupakan suatu tindakan yang kurang bijak. Bincangkan kesan amalan ini terhadap anak-anak tersebut. (STPM 2015)
11.  Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara maju dengan cara tersendiri. Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai tujuan tersebut. Bincangkan. (STPM 2015 (U))
12.  Sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap penting dalam pembangunan sesebuah Negara. Namun begitu, terdapat masalah dalam sistem pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan pengangkutan awam menjadi pilihan terakhir kepada pengguna. Bincangkan. (STPM 2015 (U))
13.  Dalam usaha meningkatkan keupayaan tenaga kerja di negara ini, kelemahan mereka ini perlu dikenal pasti dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengatasinya. Huraikan. (STPM 2016)
14.  Sistem pendidikan menjadi landasan yang paling berkesan untuk memperkukuh perpaduan antara kaum di negara ini. Huraikan. (STPM 2016)
15.  Salah satu cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut. (STPM 2016 (U))
16.  Semangat kejiranan  dalam masyarakat kini semakin longgar. Oleh itu, langkah untuk mengatasi hal ini perlu dilakukan. Jelaskan. (STPM 2016 (U))
17.    Industri penjagaan kesihatan menjadi satu daripada bidang yang diberikan keutamaan oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (PTE). Huraikan manfaat yang diperoleh masyarakat dan negara hasil daripada perkembangan industri ini. (STPM  2017)

18.    Kejadian banjir yang melanda di beberapa kawasan di Malaysia menyebabkan kesukaran kepada penduduk setempat. Jelaskan. (STPM  2017)

19.     Masalah bekalan air bersih kepada pengguna domestik dan industri menjadi isu hangat di negara kita. Isu ini memberikan impak yang ketara kepada pengguna berkenaan. Huraikan. (STPM 2017 (U))

20.     Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Huraikan. (STPM  2017 (U)


No comments:

Post a Comment