PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan
terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Sri Gunung khasnya Pengetua Tuan Haji Ibrahim bin awang dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Tuan Haji Amiruddin bin Ibrahim kerana memberi sokongan kepada saya untuk melaksanakan kerja
kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus
ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Salwani binti Mat Junoh selaku guru Pengajian Am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam
memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.
Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi
nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk ibu bapa saya yang
tercinta, iaitu Encik Tajuddin bin Abdullah dan Puan Kamarian binti Abdul Rahman jutaan
terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya
sepanjang masa.
Penghargaan kepada rakan baik saya
iaitu Sai'dah binti Fauzi dan semua rakan lain atas kesudian membantu dan
memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden
saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual.
Akhir kata, seikhlas tulus kata
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.