Pendahuluan

\Mata pelajaran Pengajian Am merupakan tunjang dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM. Jabatan ini bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am di sekolah.  Jabatan ini juga menyediakan blog Pengajian Am untuk pelajar dan guru dapat akses kendiri (http://pengajianamsrigunung.blogspot.my/)

Jabatan Pengajian Am SMK Sri Gunung dianggotai oleh 4 orang guru. Mata pelajaran Pengajian Am adalah penting untuk melahirkan insan yang cintakan negara, berfikiran matang, mempunyai daya kefahaman yang tinggi dan dapat menyampaikan sesuatu dengan berkesan dalam pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.


2       Objektif
  1. Supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk  menguasai mata pelajaran Pengajian  Am STPM untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran ini.     
  2. Meningkatkan prestasi cemerlang pelajar-pelajar dalam semua peperiksaan.
  3. Mempraktikkan strategi pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong pelajar      terhadap pembelajaran kendiri. 
  4. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

3         Visi Jabatan

           Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran      Pengajian Am.
 

4        Misi Jabatan


Merealisasikan visi melalui :

1.  Pencapaian akademik cemerlang dalam peperiksaan STPM.
2.  Melahirkan pelajar yang berhemah tinggi serta luhur budi pekerti.
3.  Melahirkan staf yang berkomitmen tinggi serta berpandangan jauh.